وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga – ArRahman 46 -
Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. – Al imran 15 -
Doa seorang dewasa..
Tatkala orang lain asik melagukan
“IKTIRAF..Wahai Tuhan, Ku Tak Layak Ke SyurgaMu Namun Tak Pula Aku SanggupKe NerakaMu Ampunkan Dosaku Terimalah Taubatku.. ” aku pulak memikirkan dan megharapkan 2 Syurga..
Benar sekarang ini aku memikirkan hebatnye memiliki 2 syurga dan janji Allah dalam Arrahman ayat 46 itu. Membayangkan dan memikirkan kehebatan 1 syurga pun sebenarnya takkan mampu tapi apa salahnya aku optimis dan merencana untuk 2 syurga itu?
Bersyukur dengan 1 isteri, anak anak & jiran yang baik serta kecukupan dunia mungkin satu titik permulaan untuk mencapai 2 syurga itu.
“Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”. (QS. An-Naml, 27 : 40)